Tuesday, 9 February 2010

bibi hihi

bye bye Edina St.

Sudah tiga hari kami sekeluarga berada di rumah baru. Kerja-kerja mengemas hampir selesai. Alhamdulillah rumah baru kami jauh lebih selesa berbanding yang lama, dan kadar sewanya pun memang berpatutan. Awla la yang paling gembira sebab ada bilik sendiri dan sudah 3 malam tidur bertemankan toys... well done. Buat masa sekarang Awla perlu berulang turun naik bas ke sekolah sebab belum ada tempat kosong di sekolah baru. Sebenarnya rumah baru ni tidak jauh sangat. Dulu rumah kami dekat dengan Leith Walk, sekarang dekat dengan Nicolson St Old Edinburgh. Lagi panjang la langkah kot...hehehe. Esok bermula la tugas saya untuk mengexplore tempat baru...

hihi Prestonfield Terrace



Thursday, 4 February 2010

TOY


Bulan ini Awla belajar mengenai toy. Satu-satu topik biasanya diajar selama sebulan. Lamakan? Agak-agaknya apa yang diajar oleh cikgu? Mereka sebenarnya diajar mengkaji. Pada minggu pertama ibubapa atau datuk nenek diminta mengisi borang berkaitan permainan kesayangan mereka semasa kecil. Data itu akan dianalisa bersama dan mereka merumuskan perbezaan antara permainan zaman dahulu dan permainan sekarang.

Bilik darjah diubah menjadi teddybear shop. Murid2 boleh membawa teddybear masing2 utk diletak di teddybear shop. Hari ini pihak sekolah membuat lawatan ke Museum of Childhood. Ibubapa memang dialu-alukan untuk menjadi pembantu. Saya memang teringin mengutip pengalaman menjadi pembantu pengajar tapi mana nak letak Uzma ni. Tapi sempat juga saya skodeng mereka di muzium tu. Setiap orang guru/pembantu diberi orang murid dan kertas panduan. Bergerak dlm kumpulan masing-masing, mereka diperkenalkan manan-mainan lama dan sejarahnya. Untuk mengelakkan kebosanan, diselitkan juga aktiviti-aktiviti seperti mencari, membilang dan mencatat.

Setiap hari Jumaat pula murid-murid perlu simple talk mengenai mainan kesayangan. Ibubapa diminta untuk melatih mereka di rumah. Semasa presentation, mereka perlu membawa toy tersebut dan sebarang nota jika diperlukan. Esok tiba giliran Awla... saya pula yang terlebih berdebar ni.

Uzma seronok berlari2 dlm muzium

Monday, 1 February 2010

creativity week


Jumaat yang lepas ibubapa pelajar Leith Walk Primary School dijemput melihat hasil kreatif anak mereka sempena Creativity Week. Kerap juga pihak sekolah ni menjemput kami untuk melihat perkembangan pelajar-pelajar. Inilah yang membuatkan hubungan ibubapa dan guru semakin rapat. Setiap perkara dan aktiviti yang berlangsung di sekolah akan diberi info kepada ibubapa.

Berbalik kepada creativity week, selama satu jam setengah ibubapa boleh meluangkan masa bersama anak melihat sekitar sekolah. Mana-mana murid yang ibubapanya tidak hadir akan berada di kelas bersama cikgu. Semua dinding koridor ditampal dengan hasil seni murid. Semuanya kreatif... ada sajak, ada suasana senja, ada bunga api, ada stamping guna puzzle.. macam-macam lagi la. Tiga daripada hasil kerja murid p1 dipamerkan di cafe berhampiran dan mereka membuat lawatan ke sana untuk melihatnya. Begitulah cara orang sini menghargai dan membina yakin diri dalam jiwa kanak-kanak.


This is mine... Saya lihat budak-budak lain pun bukan main bangga lagi menunjukkan hasil mereka kepada ibubapa masing-masing. Semua hasil kerja murid dipertontonkan, tidak kira cantik atau pun tidak.


Thursday, 28 January 2010

H1N1?


Ingatkan dah habis, rupanya ada lagi kerja suntik menyuntik ni... Awal minggu ni Uzma terima jemputan untuk mengambil vaksin pencegahan H1N1. Vaksin ni diberi secara percuma kepada semua kanak-kanak bawah lima tahun. Cuma sekarang ni saya serba salah, nak ambil ke tidak? Takut ada kesan sampingan je. Ada sebarang komen?


Saturday, 23 January 2010

bila anak2 demam


Bila musim sejuk, macam-macam penyakit yang datang. Paling kerap demam la. Bulan lepas anak-anak saya diserang demam, aik?... bulan ni demam lagi. Awla dari kecil memang kerap demam, cuma tidak teruk. Cukup dengan coolfever sahaja. Tapi bila dia batuk, alahai kesiannya. Bila diserang sakit, makan minum pun tak mahu. Tidur malam meracau-racau.


Lain pula dengan Uzma. Selalunya demamnya berjangkit daripada kakak. Suhu badannya cepat betul naik, kena pakaikan baju nipis saja. Bila tidur selalu terkejut-terkejut, agak merisaukan juga. Takut kena sawan je. Siang hari merengek aje, tapi bab makan minum tak perlu risau, tetap berselera. Berbezakan?.... Saya pula amat sibuk sekarang... packing, packing, packing

Tuesday, 19 January 2010

going outside


Sekarang cuaca amat baik. Walau pun paginya berfrost, tapi menjelang tengahari sinar mentari memancar-mancar. Beburung berkicauan riang, mematuk cebisan roti yang ditabur. Saya mengambil peluang ini untuk membawa Uzma bersiar-siar. Berjalan kaki sahaja. Ternyata dia amat gembira.... baru dapat kaki... dunia ini macam dia yang punya la. Boleh tahan juga jauhnya bagi Uzma... ambil Kakak Awla, main kat taman permainan dan berjalan pulang. Berpegang tangan dgn kakaknya.

Dua beradik ni amat kamcing sekarang. Hari-hari main kejar, nyorok2, gelak ketawa pastu gaduh2. Selalunya adik la menang. Kakak mengalah aje. Tergelak juga saya dan suami melihat kerenah mereka. Begini rupanya perasaan bila ada adik-beradik, baba tak merasa semua ni..

main elok2.. jgn gaduh2 yer sayang...


Sampai rumah aje, mandi dan terus tertidur Uzma ... kepenatan. Ingatkan nak tidur sekejap saja, rupanya sampai ke pagi.

Saturday, 16 January 2010

menjejak baba


Balik daripada Sekolah Malaysia tadi, teringin pula nak pusing-pusing. Tapi nak ke mana? Bila tanya Awla, dia nak ke pejabat baba. Percaya tak? Dalam dua tahun ni, saya tidak pernah tahu di mana bilik suami saya. Hari ini Awla menjadi pemandu arah. Sejurus turun dari bas, laju saja dia menapak ke hadapan, picit lampu isyarat, lintas jalan dan sampai ke becluech street. You must find door no7 and going up and baba house at no 1. Faham ke? Tidak jauh berjalan akhirnya jumpa pintu no 7, School of Asian Studies... tapi berkunci. Saya pula tidak membawa telefon. Apalagi... tarik muncung la Awla.

Saya pujuk untuk ke Meadow Park di belakang bangunan tersebut. Cuaca pun elok, snow yang memutih sejak sebulan yang lalu dah cair... Awla pun seronok la main. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya dan saya baru terperasan kewujudannya. Timbul persoalan di benak saya... kenapa ada replika gasing di sini? Siap ada talinya sekali. Tapi tiada sebarang maklumat yang dicatatkan.

Meadow Park yg masih berais beku